Carian
Proton Dan Perodua Dijangka Hadir Dengan Kereta EV Menjelang 2025
November 16, 2023 Aman

Timbalan Menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) kini melalui jawapan di Parlimen berkongsi, menyatakan kerajaan telah berbincang dengan dua pengeluar kenderaan nasional untuk mengeluarkan kereta elektrik masing-masing menjelang 2025.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan dapat hadir dengan kenderaan elektrik pada harga lebih kompetitif berbanding pada hari ini.

Perkongsian terbaru ini adalah selari dengan apa yang pernah dikongsikan Proton – mengatakan mereka ingin hadir dengan kereta elektrik seawal 2025. Sementara itu, Proton melalui PRO-NET akan menjual kereta elektrik di Malaysia, bermula dengan Smart #1.

Sementara untuk Perodua pula, sebelum ini mereka telah memperlihatkan kereta konsep elektrik. Dengan sasaran dua tahun lagi, mungkin kita melihat kedua-dua syarikat akan mempercepatkan lagi pembangunan dan penghasilan kereta elektrik masing-masing.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan pengenalan kereta elektrik oleh kedua-dua pengeluar kereta nasional ini, dan bagaimana ia akan mengubah ekosistem kereta elektrik di Malaysia.

Komen