Carian
Carsome Dilaporkan Membuang Ratusan Pekerja Dalam Usaha Mengurangkan Kos Operasi Dan Mencapai Keuntungan
November 16, 2023 Aman

Carsome, salah satu syarikat startup memfokuskan kepada jual-beli kenderaan terpakai, kini dilaporkan membuang ratusan pekerja. Pembuangan kerja ini dikatakan melibatkan pelbagai negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Antara yang terkesan tinggi adalah pekerja di pasaran Carsome di Indonesia dan Thailand.

Menurut Bloomberg, Carsome mengurangkan ratusan pekerja ini dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi dan mencapai kadar keuntungan – sebelum memilih untuk melakukan penyenaraian saham awam.

Sebelum ini, pada 2022 lepas, Carsome turut telah membuang sejumlah besar pekerja – dianggarkan kurang 10%. Ini adalah kali kedua pembuangan pekerja secara besaran dilakukan dalam tempoh setahun lebih.

Carsome telah ditubuhkan pada 2015 lepas, dan dianggarkan mempunyai hampir 4000 pekerja. Sebelum ini, CEO Carsome pernah berkongsi mereka menyasarkan untuk mencapai keuntungan menjelang 2024 kelak, dan mungkin ini adalah langkah awal ke arahnya – dengan mengurangkan kos operasi.

Komen