Carian
Apple Music Classical Kini Ditawarkan Untuk iPad
November 17, 2023 Aman

Apple pada awal tahun ini telah memperkenalkan aplikasi khusus untuk para peminat muzik-muzik klasik, dinamakan sebagai Apple Music Classical. Selepas ditawarkan untuk pengguna iPhone dan Android, hari ini Apple turut memperkenalkan aplikasi berkenaan yang dioptimasikan untuk skrin iPad.

Melalui Apple Music Classical, ia menawarkan akses kepada lebih 5 juta rakaman, termasuk sejumlah karya agun dan ribuan album klasik lagenda. Ia turut menyertakan sejumlah ciri penstriman muzik seperti Apple Music, termasuk memainkan muzik pada kualiti audio nirhilang 24bit / 192kHz.

Sekiranya anda sedia melanggan Apple Music, anda turut boleh mengakses Apple Music Classical tanpa sebarang caj tambahan. Bagi anda yang mempunyai tablet iPad, boleh mencuba aplikasi ini hari ini.

Komen