Kami laporan beberapa minggu lalu Microsoft bercadang memberikan ciri kecerdasan buatan (AI) CoPilot pada sistem operasi Windows 10. Hari ini mereka mengumumkan CoPilot boleh diuji oleh pengguna Windows 10 Release Preview. CoPilot pada waktu ini disasarkan pada komputer dengan Windows 10 Home dan Windows 10 Pro sahaja.
Seperti pada Windows 11, CoPilot pada Windows 10 adalah chatbot yang boleh membantu pengguna melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, saranan resipi, dan menjana imej menggunakan prom yang dimasukkan oleh pengguna.
Walaupun Windows 10 akan menerima CoPilot, Microsoft masih mengekalkan sokongan kepada sistem operasi akan dihentikan pada 14 Oktober 2025.Pada waktu ini terdapat 400 juta komputer Windows 11 berbanding lebih 1 bilion komputer Windows 10.