Carian
Meituan Dilaporkan Pertimbang Untuk Mengambil-Alih Operasi FoodPanda Di Asia Tenggara
November 17, 2023 Aman

Meituan kini dilaporkan sedang melihat untuk sebarang potensi dan kemungkinan mengambil-alih perniagaan FoodPanda di Asia Tenggara. Ia dikatakan pihak Meituan telah mengadakan pertemuan dengan Delivery Hero untuk kemungkinan mengambil-alih operasi FoodPanda ini.

Bagi yang tidak mengenali akan Meituan, ia merupakan syarikat memfokuskan penghantaran makanan yang terbesar di China. Dengan mengambil-alih FoodPanda, ia sekaligus akan memberikan akses pantas untuk Meituan dalam memperluaskan perniagaan di rantau Asia Tenggara ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui siapakah yang akan mengambil-alih operasi FoodPanda di Asia Tenggara. Sebelum ini, Delivery Hero telah menyatakan ingin menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia Tenggara – terutamanya di Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan juga Laos.

Sekiranya benar Meituan mengambil-alih FoodPanda, ia akan sekaligus memberikan saingan kepada pihak Grab dalam arena berkenaan. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan siapakah yang akan mengambil-alih operasi FoodPanda.

Komen