Carian
Pelan YouTube Premium Keluarga Wajib Menggunakan Alamat Sama Untuk Setiap Ahli
November 17, 2023 Fahim Zahar

YouTube Premium adalah perkhidmatan langganan digital yang memberikan pelanggan akses kepada YouTube bebas iklan serta YouTube Music pada satu harga. Semakin ramai pengguna dilihat mula melanggan perkhidmatan ini kerana YouTube telah mula menghalang akses platform mereka kepada pengguna yang menggunakan penghalang iklan.

Namun begitu, tidak ramai pengguna menyukai perkara ini sehinggakan ada yang cuba berjimat sehabis mungkin dengan berkongsi langganan pelan keluarga kepada orang luar. Di Reddit baru-baru ini tular yang YouTube akan menghalang akses Premium mereka jika pelanggan yang berkongsi langganan tidak menggunakan alamat kediaman yang sama.

Bagi yang tidak tahu, perkara ini adalah perkara yang sudah lama dikenakan oleh YouTube sama seperti Spotify dan beberapa platform penstriman yang lain. Pelan keluarga adalah untuk keluarga di mana semua ahli wajib menggunakan alamat yang sama jika tidak ingin YouTube menghalang akses ciri-ciri premium yang ditawarkan.

Di Malaysia anda boleh melanggan YouTube Premium pada harga RM17.90 untuk individu, RM33.90 untuk keluarga dengan lima ahli dan RM10.90 untuk pelajar. Setiap langganan ini turut disertakan akses kepada YouTube Music.

Komen