Carian
Syarikat Malaysia Menyaman Apple Kerana Isu Pelanggaran Paten
November 17, 2023 Nazrin

Salutica Bhd. ialah sebuah syarikat pembuat komponen elektronik tempatan yang dikenali untuk produk-produk penjejak Bluetooth mereka. Salutica dikenali kebelakangan ini kerana pada awal tahun lepas, mereka telah menyaman Apple pada awal 2022 lalu.

Saman tersebut, yang difailkan buat kali pertama di mahkamah Malaysia masih sedang berjalan, dan terkini, Salutica Allied Solutions Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Salutica Berhad telah memfailkan saman yang sama terhadap Apple South Asia Pte Ltd di Singapura pula baru-baru ini.

Saman ini difailkan kerana menurut Salutica Allied Solutions, Apple South Asia telah melanggar sebuah paten yang dimiliki syarikat tersebut, dan sedang cuba untuk mendapatkan injunksi untuk menghalang Apple daripada membangunkan dan menjual produk yang dilihat melanggar paten mereka.

Paten yang dikatakan oleh Salutica adalah berkenaan teknologi CrossPair mereka, yang digunakan didalam produk-produk seperti penjejak Bluetooth FOBO Tag dan FOBO Tire mereka. Teknologi CrossPair ini membolehkan produk-produk penjejak mereka untuk digunakan bersama pelbagai peranti pintar sekaligus, melalui data akaun pengguna pada aplikasi terbina.

Salutica mengatakan bahawa SAS telah menghantar surat guaman kepada Apple South Asia pada 6 November melalui syarikat guaman Singapura Amica Law LLC mengenai isu pelanggaran paten ini.

Buat masa ini, nampaknya, Apple ataupun pihak Apple South Asia masih tidak memberi sebarang maklum-balas kepada Salutica mengenai saman ini.

Komen