Half-Life 25th Anniversary Update Diumumkan – Boleh Dimuat Turun Percuma
Effi Saharudin
Half-Life menyambut ulang tahun yang ke-25 esok. Sempena ulang tahun yang penting ini Valve telah menerbitkan Half-Life 25th Anniversary Update yang kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Steam. Permainan video klasik ini telah ditambah baik supaya boleh dimainkan tanpa pepijat pada PC moden serta Steam Deck.

Sokongan pada Steam Deck ini juga membawakan sokongan alat kawalan permainan pada PC yang lebih baik. Selain itu terdapat sokongan resolusi grafik lebih tinggi, tetapan grafik lebih moden, empat peta MP baharu, lebih banyak skin pada watak dalam MP, pelbagai kandungan yang tidak siap diberikan semula dan pelancar yang mengembalikan semula logo Valve asal seperti dari tahun 1998.

Untuk melihat penambahbaikan yang dilakukan oleh Valve pada Half-Life 25th Anniversary Update sila ke laman rasmi permainan menerusi pautan di bawah. Sekali lagi permainan ini boleh dimuat turun secara percuma untuk tempoh yang terhad bermula hari ini.
[sumber] Half Life [/sumber]