Sam Altman telah dibuang daripada jawatan CEO OpenAI semalam, sekaligus mengejutkan ramai pihak – bukan sahaja pengguna dan mereka yang mengikuti perkembangan syarikat kecerdasan buatan yang terkenal dengan penawaran ChatGPT, tetapi juga para pelabur syarikat berkenaan.
Lanjutan daripada itu, kini hadir laporan baharu melalui NYTimes, mengatakan Sam Altman telah mengorak langkah seterusnya, dan sedang merancang untuk membangunkan sebuah syarikat baharu memfokuskan kecerdasan buatan.
Sam Altman dikatakan telah dalam proses untuk mempersembahkan syarikat berkenaan kepada para pelabur dalam mendapatkan dana untuknya. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perancangan penuh untuk syarikat baharu yang bakal ditubuhkan tersebut.
Sebelum ini, Sam Altman pernah membincangkan beberapa perkara, termasuk membangunkan sebuah peranti baharu bersama Jony Ive, selain turut dikatakan pernah merancang dalam membangunkan cip tersendiri untuk penggunaan kecerdasan buatan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan seterusnya Sam Altman.