Perlawanan Akhir Piala Dunia Kriket Ialah Acara Dengan Jumlah Penonton Penstriman Tertinggi Dunia
Effi Saharudin
Rekod dunia jumlah penonton penstriman tertinggi dunia dipintas sekali lagi semalam. Perlawanan akhir Piala Dunia Kriket antara India dan Australia yang distrim menerusi Disney+ Hotstar mencatatkan 59 juta penonton semalam. Ia memintas rekod 53 juta penonton yang dicatatkan beberapa hari sebelum itu untuk perlawanan kriket Piala Dunia antara India dan New Zealand.

Kesemua rekod dunia yang dicatatkan sebelum ini melibatkan penstriman secara langsung perlawanan kriket di India. Ini menunjukkan betapa pentingkan kriket di India kerana sejak kehilangan hak siaran perlawanan Liga Kriket Perdana India (IPL), Disney+ Hotstar kehilangan jutaan pelanggan.
Seperti rekod sebelum ini, perlawanan akhir ini turut ditawarkan secara percuma di India. Ini membantu Disney+ Hostar mencatatkan rekod tontonan yang amat luar biasa.
[sumber] Techcrunch [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.