Insta360 kini dalam persediaan hadir dengan produk baharu pada 21 November ini. Tiada butiran lebih lanjut mengenainya didedahkan buat masa ini, namun dilihat boleh mempunyai persamaan yang menarik dengan produk GoPro dari aspek reka bentuk.
Salah satu hal jadi perhatian apabila klip promosi dimuatnaik turut menunjukkan penjenamaan Leica. Ini jelas dapat diperhatikan produk akan datang Insta360 ini boleh dilengkapi lensa daripada syarikat tersebut sekaligus mampu menjanjikan pengalaman fotografi lebih baik.
Dalam pada itu kerjasama tersebut turut boleh mencerminkan komitmen Insta360 dalam mengubah dunia kamera aksi menjadi lebih menyeronokkan. Nanrikan pelancaran rasmi bagi melihat kejutan disediakan yang semestinya menjadi tambahan baharu menarik untuk barisan produk Insta360.