Cari @ Amanz

Pada suatu ketika dahulu, Yahoo merupakan salah satu penyedia enjin carian terkemuka, bersaing dengan pelbagai pihak lain, termasuk Google. Namun, sejak menggunakan enjin Bing untuk menguasakan carian, populariti Yahoo Search berkurangan dari hari ke hari.

Sehingga ke hari ini, Yahoo Search masih dikuasakan oleh Bing. Namun, kini Yahoo telah mula mengacah kehadiran Yahoo Search baharu, pada awal 2024 kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan masih dikuasakan Bing, atau sebaliknya. Kita mungkin melihat pengenalan rekaan antaramuka baharu pada Yahoo Search bersama sejumlah ciri-ciri baru lain. Tidak mustahil juga kita melihat Yahoo bersedia dengan pengenalan sokongan carian berasaskan kecerdasan buatan seperti telah dilaksanakan Bing Chat (kini Copilot), selain Google SGE.

Apa pun, sama-sama kita nantikan awal tahun 2024 untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Yahoo!

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd