Carian
Sam Altman Dan Greg Brockman Akan Mengepalai Bahagian Kecerdasan Buatan Baru Di Microsoft
November 20, 2023 • Nazrin

Saga Sam Altman berterusan nampaknya, dimana kami baru sahaja melaporkan bahawa beliau tidak akan kembali ke OpenAI, kerana jawatannya sudahpun diserahkan (secara interim) kepada Emmet Shear untuk masa terdekat ini, sementara institusi tersebut mencari pengganti yang lebih tetap.

Terkini, CEO Microsoft, Satya Nadella telah mengeluarkan sebuah pengumuman di platform X dan mengatakan bahawa Microsoft masih lagi akan bekerjasama dengan OpenAI untuk membangunkan produk-produk kecerdasan buatan yang sudahpun diumumkan di acara Microsoft Ignite tempohari.

Tentang Sam Altman pula, Satya Nadella juga mengesahkan bahawa dia dan Greg Brockman, bekas presiden OpenAI akan menyertai Microsoft untuk mengepalai bahagian penyelidikan kecerdasan buatan baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Ini secara teknikalnya mungkin akan membenarkan Sam Altman untuk secara teknikalnya masih bekerjasama dengan OpenAI untuk membangunkan produk-produk kecerdasan buatan untuk Microsoft, dan terus melakukan penyelidikan kecerdasan buatan dengan syarikat tersebut.

Komen