Realme 11x 5G Kini Boleh Di Beli Pada Harga RM999
November 21, 2023
Realme
Amy Maizuraa
Jika sebelum ini hanya ditawarkan menerusi syarikat telekomunikasi, kini Realme 11x 5G telah mula dijual secara terbuka menerusi pengedar dah rasmi. Harga jualan ialah RM999 sebuah dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ketersediaan bermula sekarang dengan dua pilihan warna disediakan seperti Purple Dawn dan Midnight Black.

Realme 11x 5G dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Dimensity 6100+, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 5,000mAh. Sistem kamera pula terdiri 64MP + 2MP yang kemudiannya diikuti dengan kamera swafoto 8MP.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.