Setiap pagi saya akan membuka telefon dan melihat emel yang memasuki peti emel. Setiap pagi juga puluhan emel perlu dipadam kerana majoritinya adalah yang dihantar kerana saya “melanggan” kepada perkhidmatan tertentu. Proses untuk nyahlanggan (unsubscribe) daripada rantaian emel ini akan menjadi mudah menerusi versi terkini Gmail.
Menurut laporan TheSpAndroid, versi terkini aplikasi Gmail hadir degan butang unsubscribe yang kelihatan lebih ketara. Ia diletakkan bersebelahan alamat penghantar. Tekan sahaja butang ini dan isu emel yang dihantar bertalu-talu ke dalam peti Gmail akan dapat dihentikan. Biasanya proses ini mengambil beberapa langkah dan amatlah melecehkan kerana butang nyahlanggan agak tersorok.
Belum diketahui bilakah versi Gmail dengan butang ini akan diberikan kepada semua. Yang pasti ia adalah ciri yang pastinya akan digemari oleh mereka yang selama ini terpaksa bertarung dengan jumlah emel yang tinggi.