Carian
Stability AI Memperkenalkan Sokongan Penjanaan Video Generatif
November 22, 2023 Aman

Sokongan generatif berasaskan kecerdasan buatan sedia popular sejak setahun kebelakangan ini. Ia yang dimulakan dengan sokongan untuk teks, turut telah diperluaskan untuk meliputi penjanaan gambar, penjanaan audio, dan juga video.

Terbaru, Stability AI mengumumkan pengenalan Stable Video Diffusion. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna memasukkan sebarang arahan penjanaan berasaskan kecerdasan buatan, dan sistem akan menjana video yang bersesuaian untuknya.

Stable Video Diffusion ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka dan buat masa ini menyasarkan para pengkaji terlebih dahulu. Penggunaannya masih dihadkan kepada beberapa tujuan dan belum ditawarkan secara terbuka lagi kepada semua buat masa ini.

Stable Video Diffusion ini boleh menjana gambar ke teks dengan kadar bingkai antara 14 ke 25 bingkai. Buat masa ini, versi pembangunannya masih terhad dan belum boleh dikawal menggunakan arahan teks, dan mungkin juga tidak menjana wajah dengan baik.

Apa pun, bagi anda yang berminat dengan kajian melibatkan kecerdasan buatan, boleh mencuba model ini melalui Hugging Face hari ini.

Komen