Steam telah dikemaskini hari ini yang membawakan sokongan sepenuhnya untuk alat kawalan Sony DualShock dan Sony DualSense. Sebelum ini hanya sokongan separa sahaja diberikan menyebabkan pad sesentuh dan tindak balik haptik misalnya tidak boleh digunakan.

Selain itu, Steam juga memberikan ciri menapis permainan yang menyokong sepenuhnya dua alar kawalan konsol Sony ini. Dengan tapisan ini, pemain yang hanya memiliki DualShock dan DualSense boleh menikmati permainan tanpa sebarang isu. Tahap keserasian permainan dengan alat kawalan juga turut disenaraikan. Misalnya hanya boleh dilakukan secara berwayar atau sekadar separa.

Kepada mereka yang menggunakan alat kawalan Xbox, sokongan penuh telah diberikan sejak dari awal lagi. Menurut Valve, sejak sokongan diberikan jumlah pengguna alat kawalan Sony meningkat sehingga empat kali ganda. Ia kini digunakan 27% pengguna Steam.