Carian
Oppo Reno 11 Pro Akan Dilengkapi Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
November 22, 2023 Amy Maizuraa

Oppo telah mengesahkan bahawa siri Reno 11 bakal dilancarkan di China pada 23 November 2023. Sebanyak dua model bakal disediakan dan pelbagai penawaran pada peranti mula dikongsi sedikit demi sedikit.

Misalnya terkini mereka mendedahkan bahawa Reno 11 Pro akan dijana dengan Snapdragon 8+ Gen 1, menjadikannya cip yang sama digunakan pada Reno 10 Pro+ sebelum ini. Selain itu peranti juga hadir dengan paparan berteknologi ProXDR dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,600nits.

Turut disertakan ialah sokongan pengecasan pantas 80W, yang dalam masa sama Oppo juga menjanjikan pelan penggantian bateri percuma selama empat tahun melaluinya. Bukan itu sahaja siri Reno 11 juga dikatakan mampu mengecas pada suhu serendah -20 darjah Celsius.

Komen