Terdapat banyak skim penipuan di platform penstriman popular dunia. Yang mengejutkan ia dilakukan bukan sahaja oleh pengkarya kecil tetapi juga pengkarya popular yang ingin memanipulasi carta muzik di negara mereka. Spotify telah menyedari isu ini untuk tempoh yang agak lama dan telah mengubah sistem royalti platform bagi menentang kegiatan ini bermula tahun 2024.
Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk mengesan aktiviti penstriman palsu bagi tujuan menjana pendapatan secara atas angin atau memanipulasi popular lagi demi kedudukan carta. Penerbit dan syarikat rakaman yang dikesan melakukannya akan dikenakan bayaran untuk setiap trek lagu. AI ini telahpun beroperasi awal tahun ini dan sedia digunakan untuk mengesan penipuan tahun depan.
Turut diubah ialah panjang minimum trek lagi yang diklasifikasikan sebagai bunyi hingar atau “white noise”. Bunyi ini dimainkan untuk memudahkan tidur dan mewujudkan persekitaran yang tenang. Menurut Spotify wujud senarai main yang memotong bunyi akan paus yang panjang kepada beberapa trek lagu sepanjang 30 saat. Ini adalah untuk meningkatkan jumlah penstriman dan seterusnya menjana lebih pendapatan. Bermula tahu depan bunyi hingar perlu sekurang-kurangnya sepanjang 2 minit sebelum pendapatan boleh dijana.
Dengan perubahan sistem pembayaran royalti ini, Spotify berharap isu penipuan penstriman dapat dibanteras sepenuhnya. Kami pernah laporkan Spotify membayar $38 juta setahun kepada pengkarya bunyi hingar yang mereka kategorikan sebagai tidak bermanfaat.