Carian
NVIDIA GeForce RTX 4070 Akan Terus Dibangunkan Walaupun Dengan Ketibaan Siri Super
November 22, 2023 Nazrin

NVIDIA dijangka akan memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 Super, yang terdiri daripada NVIDIA GeForce RTX 4080 Super, NVIDIA GeForce RTX 4070 Ti Super dan juga NVIDIA GeForce RTX 4070 Super kelak, dengan ramai pembuat kad grafik parti ketiga mengatakan bahawa kad-kad grafik RTX 4080, RTX 4070 Ti dan RTX 4070 akan dihentikan pembangunannya.

Terkini, Board Channels, laman web dan forum yang dipenuhi dengan ramai pengguna yang bekerja dalam industri pembuatan komponen komputer mengatakan bahawa walaupun ia benar bahawa kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 dan GeForce RTX 4070 Ti akan dihentikan pengeluarannya, ia dikatakan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 masih lagi akan dikeluarkan, walaupun NVIDIA akan mengumumkan ketibaan NVIDIA GeForce RTX 4070 Super juga.

Ia dikatakan NVIDIA bertindak untuk kekal mengeluarkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 kerana kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 Super hadir dengan 22 peratus jumlah teras lebih banyak berbanding dengan kad grafik asal, menjadikannya sebuah produk dalam kategori yang berbeza.

NVIDIA dilihat masih mahukan sebuah produk didalam kategori “prestasi mampu-milik”, dan kad grafik GeForce RTX 4070 merupakan kad grafik yang terbaik dalam kategori ini, jadi bagi mereka yang tidak mahu membelanjakan banyak wang untuk sebuah kad grafik baru.

Komen