Carian
IQOO 12 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
November 22, 2023 Amy Maizuraa

IQOO 12 telah ditemui di laman pensijilan SIRIM sekaligus memberi petanda boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Ia didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd dengan kod nama 12220 (iQOO12) pada hari ini iaitu 22 November 2023.

Memandangkan iQOO India turut mula mengacah kemunculan di pasaran Global sekitar bulan Disember akan datang. Ini bermakna kita boleh menyasarkan pelancaran di Malaysia pula boleh berlangsung tidak lama selepas itu.

Seperti biasa soalan utama semestinya tertumpu pada perkakasan dalaman yang tidak dapat dipastikan sama ada serupa di China atau sebaliknya. Tetapi sekiranya sama, peranti boleh dilengkapi skrin AMOLED 6.78″, cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 4,880/5,000mAh, sistem pengecasan 120W dan kamera utama 50MP + ultra lebar 50MP + telefoto 64MP dengan OIS terbina.

Komen