Cari @ Amanz

Google Bard merupakan penawaran alternatif ChatGPT yang disediakan oleh Google. Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara dan ia menawarkan ciri berasaskan kecerdasan buatan generatif. Selepas menyokong kebolehan untuk penjanaan teks dan gambar, terbaru Google Bard turut menambah sokongan memberikan konteks berasaskan sesuatu video YouTube.

Daripada ujian kami, ia menyokong video berbahasa Inggeris buat masa ini. Pengguna boleh menampal pautan video, dan seterusnya bertanyakan sesuatu soalan melaluinya. Ini sekaligus menjimatkan masa anda daripada menonton sesuatu video – dan mendapatkan jawapan dengan lebih pantas.

Ciri baharu ini telah pun aktif pada Google Bard, dan anda boleh mencubanya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd