Carian
Roller Coaster Terpantas, Terpanjang Dan Tertinggi Dunia Akan Dibuka Di Saudi Tahun Depan
November 23, 2023 Effi Saharudin

Masihkah anda ingat dengan projek roller coaster Falcon’s Flight di Six Flags Qiddiya yang kami laporkan pada tahun 2021? Setelah beberapa tahun dalam pembinaan, Falcon’s Flight yang akan menjadi roller coaster terpantas, terpanjang dan tertinggi dunia akan memulakan operasi pada tahun 2024. Ialah adalah projek Arab Saudi di Riyadh untuk menjadikan negara mereka destinasi pelancongan terkemuka dunia.

Ia sepanjang 4 kilometer, mencecah ketinggian 160 meter dan bergerak pada kelajuan melebihi 250 km/j. Kelajuan yang tinggi ini dicapai menggunakan sistem pecutan magnet. Sebanyak 20 orang pelawat boleh menaiki Falcon Flight yang mengambil masa tiga minit dari awal hingga akhir.

Falcon Flight akan menjadi tarikan utama di Six Flag Qiddaya yang akan mempunyai 28 tarikan kesemuanya, enam zon tema berbeza dan luas kawasan 32 hektar.Sejak dasar negara menjadi semakin terbuka, Arab Saudi ingin mengubah imej negatif dunia terhadapnya. Beberapa projek mega telah diluluskan bagi menarik pelancong khususnya dari Barat.

Komen