Carian
X Akan Mengembalikan Paparan Tajuk Pada Pautan URL Yang Dibuang Bulan Lalu
November 23, 2023 Effi Saharudin

Pada awal Oktober lalu, X telah membuang ciri memaparkan pratonton tajuk pada pautan URL yang dikongsi pada laman. Ia adalah satu lagi keputusan X yang tidak masuk akal kerana menimbulkan kekeliruan khususnya pautan untuk laman-laman berita. Nampaknya ciri yang tidak popular ini akan dimatikan pada kemas kini X yang seterusnya.

Elon Musk menciap mengatakan tajuk berita akan dipaparkan pada bahagian atas imej yang dikongsi bersama pautan URL. Musk tidak mengatakan mengapa ciri ini dikembalikan semula tetapi sebagai pengamal media ini adalah keputusan yang baik kerana menyelesaikan isu yang dicipta sendiri oleh X.

Komen