Cari @ Amanz

Filem Super 8 adalah versi alternatif kepada filem 8mm yang dibangunkan oleh Kodak. Segulung Super 8 adalah sekitar 15 meter yang boleh merakam sehingga 3600 bingkai untuk video 2.5 minit pada kadar 24 fps. Penggunaan kamera filem sudah kurang popular kerana kos yang sangat tinggi, kesukaran memproses filem dan pengenalan kamera digital. Tahun ini, hanya satu sahaja filem popular yang menggunakan filem iaitu Oppenheimer iaitu dengan kamera IMAX 65mm.

Kamera Kodak Super 8 telah diumumkan dengan ia menyokong katrij filem Super 8 KODAK VISION3 Color Negative Fil, TRI-X Black & White Reversal Film dan EKTACHROME Color Reversal Film. Kamera turut dilengkapi dengan skrin LCD 4-inci, sokongan storan kad mikro SD (untuk rakaman audio sahaja), sambungan kepada mikro HDMI dan juga sokongan lensa C-mount.

Untuk pengecasan kamera ini masih menggunakan mikro USB walaupun sudah tahun 2023. Aksesori yang diberikan ialah pemegang pada bahagian atas dan juga di bahagian bawah seperti seakan senapang dengan picu rakaman. Menerusi skrin LCD, pengguna boleh memilih pelbagai mod rakaman serta kadar bingkai (18.24,25 dan 35 FPS) yang ingin digunakan.

Disember depan, Kodak Super 8 akan dijual pada harga $5,4950(~RM25,755) di Amerika Syarikat, kemudian akan dikembangkan ke pasaran Eropah dan Kanada. Bagi mereka yang masih mempunyai minat kepada seni perfileman analog, ini adalah kamera rekaan klasik yang akan memberikan pengalaman seakan kembali ke zaman sebelum kamera digital mengusai dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd