Garmin hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia menerusi Quatix 7 Pro. Ia dijual pada harga RM4,950 seutas dan boleh dibeli bermula pertengahan Disember akan datang menerusi pengedar sah Garmin Malaysia termasuk Lazada, Shopee serta AECO e-Store.
Jam tangan ini mengkhusukan kepada para pelaut, pelayar dan pemancing dengan ciri utama menarik untuk aktiviti laut. Misalnya seperti dua aplikasi terbina dinamakan Trolling Motor Remote yang membolehkan mengawal motor elektrik pada bot. Kemudiannya aplikasi Fish Forecast pula untuk menjejak pergerakan ikan sekaligus mencari masa terbaik untuk ekspedisi memancing.
Turut disertakan ialah sensor kesihatan dan kecergasan terbina biasa termasuk fungsi ECG. Selain itu terdapat juga fungsi satelit berbilang jalur yang menyokong navigasi merentasi peta sama ada di darat atau lautan. Bateri disertakan pula boleh beroperasi sehingga 16 hari dan berkurang kepada 30 jam dalam mod GPS.