Carian
Siri realme 12 Akan Dijana Snapdragon 7 Gen 3 Dan Menyokong Kamera Periskop
November 23, 2023 Fahim Zahar

realme tahun ini cukup rancak kerana telah melancarkan dua siri peranti kelas pertengahan premium mereka iaitu realme 10 pada awal tahun dan kemudian realme 11 pada pertengahan tahun. Pada hujung tahun ini pula, giliran realme 12 pula dijangka dilancarkan.

Menariknya, salah satu peranti realme 12 dikatakan akan menjadi peranti kelas pertengahan premium yang mungkin paling berbaloi kerana spesifikasinya. Digital Chat Station melaporkan yang peranti ini akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 3 dan menggunakan kamera 64MP periskop telefoto.

Rekaan realme 12 yang tertiris (mungkin variasi Pro) turut memperlihatkan binaan premium yang mirip peranti mercu pesaing. Bonggol gergasi seakan Xiaomi 13 Ultra dan panel belakang seakan menggunakan kulit palsu berwarna hitam kusam, ini mungkin akan menjadi peranti realme yang digemari ramai. Sama-sama kita nantikan pelancarannya peranti ini untuk pasaran tempatan.

Komen