Siri Oppo Reno 11 Kini Rasmi Dengan Skrin 120Hz Dan Kamera 50MP
Amy Maizuraa
Siri Oppo Reno 11 telah dilancarkan di China sebentar tadi dengan dua model berbeza yang disediakan. Kedua-duanya berkongsi reka bentuk yang sama dengan beberapa perbezaan diberikan untuk perkakasan dalaman.

Bermula dengan Oppo Reno 11 Pro, ia dilengkapi skrin AMOLED FHD+ 6.74-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS3.1 tanpa mikroSD untuk tunjang utama. Bateri 4,700mAh digunakan boleh dicas semula menerusi port USB-C dan sistem pengecasan pantas 80W. Sistem kamera terdiri dengan 50MP utama + 32MP telefoto + 8MP ultra lebar yang juga menyokong OIS. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP.

Oppo Reno 11 pula menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung juga dengan cip MediaTek Dimensity 8200, memori 12GB RAM dan storan 512GB untuk tunjang utama. Bateri 4,800mAh digunakan boleh dicas semula dengan sistem pengecasan 67W. Selain itu kamera utama 50MP + 32MP telefoto + 8MP ultra lebar dengan OIS dan kamera swafoto 32MP juga melengkapkan peranti.

Harga jualan peranti bermula RMB2499 (~RM1,638) (8/256GB), RMB2799 (~RM1,835) (12/256GB) dan RMB2,999 (~RM1,966) (12/512GB) untuk Reno 11. Sementara itu Reno 11 Pro pula berharga RMB3,499 (~RM2,293) (12/256GB) dan RMB3799 (~RM2,490) (12/512GB) sebuah.