Red Magic 9 Pro Dan 9 Pro+ Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 3
Amy Maizuraa
RedMagic 9 Pro dan 9 Pro+ dilancarkan secara rasmi di China pada hari ini sebagai peranti permua baharu. Ia tampil menarik dengan tubuh yang sepenuhnya rata baik di bahagian hadapan mahupun belakang.
Seterusnya menjadikan langsung tiada bonggol kamera tebal atau besar yang kelihatan. Sebaliknya sistem kamera peranti dilindungi oleh lapisan kaca khas yang dikatakan tidak menganggu cahaya untuk memasuki sensor.

Kedua-duanya hadir dengan skrin AMOLED BOE 6.8-inci beresolusi 2480 X 1116 pikdel dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 24GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB (UFS 4.0) untuk tunjang utama.
Di samping sistem penyejukan pelbagai dimensi ICE 13.0 serba baharu seluas 0,182mm² dan kipas terbina yang boleh berpusing sehingga 22,000RPM. Peranti juga memuatkan cip khusus Red Core R2 Pro yang direka khusus untuk pengalaman permua lebih baik.

Sistem kamera pula terdiri dengan 50 MP (Samsung GN5) OIS dengan OIS, 50MP lebar (Samsung JN1) dan 2MP makro. Kemudiannya diikuti kamera swafoto 16MP yang terbina di dalam skrin melengkapkan lagi peranti.
Kapasiti bateri ialah hal yang membezakan peranti ini dengan sebesar 6,500mAh dan pengecasan 80W disertakan pada RedMagic 9 Pro. Sementara itu versi Pro+ pula menggunakan bateri 5,500mAh yang boleh dicas semula dengan pengecasan pantas 165W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo Magic Sound, 3 mikrofon terbina, NFC, bicu audio 3.5mm dan sambungan Wi-Fi 7. Harga jualan bermula RMB4,399 (~RM2,876) (8/256GB), RMB4,799 (~RM3,138) (12/256GB) dan RMB5,199 (~RM3,400) (12/512GB) untuk RedMagic 9 Pro. Kemudian bermula RMB4,999 (~RM3,269) (12/256GB) dan RMB5,399 (~RM3,530) (12/512GB) pula untuk versi lutcahaya.

Sementara itu RedMagic 9 Pro+ pula bermula RMB5,499 (~RM3,596) (16/256GB), RMB5,799 (~RM3,792) (16/512GB) dan RMB6,999 (~RM4,577) (24/1TB). Seterusnya versi lutcahaya pula bermula RMB5,699 (~RM3,727) (16/256GB) dan RMB5,999 (~RM3,923) (16/512GB).