Carian
Dbrand Dan JerryRig Everything Menyaman Casetify Kerana Meniru Rekaan Pelekat Vinil Peranti
November 24, 2023 Nazrin

Jika anda mengikuti perkembangan industri peranti pintar, nama-nama seperti Dbrand, Casetify dan JerryRig Everything adalah tiga nama yang anda pasti ketahui untuk produk-produk yang dihasilkan oleh dua daripada jenama ini, manakala JerryRigs Everything ialah sebuah laman YouTube yang terkenal untuk menguji daya ketahanan fizikal sesebuah peranti.

Terkini, DBrands dan Zack Nelson, pemilik laman YouTube JerryRig Everything dilaporkan telah menyaman jenama pembuat kerangka dan aksesori peranti pintar Casetify kerana syarikat tersebut telah meniru rekaan kerangka dan juga kulit peranti ini.

Dbrand telah mengeluarkan satu senarai ciapan yang memperlihatkan sejumlah besar kesalahan yang dilakukan oleh Casetify dimanja mereka telah meniru pelekat vinil Teardown yang dibangunkan bersama-sama Zack Nelson dan menjenamakannya semula sebagai Inside Out.

Dbrand menunjukkan sejumlah easter eggs yang digunakan didalam pelekat-pelekat Teardown yang membuktikan bahawa Casetify telah meniru hampir bulat-bulat rekaan yang digunakan dalam pelekat tersebut.

Pihak Dbrand dan JerryRig Everything mengesahkan bahawa mereka telah menyaman Casetify di mahkamah dan akan mahukan pampasan kerana meniru rekaan pelekat vinil Teardown mereka.

Komen