Syarikat multinasional Jepun Casio hari ini menawarkan seutas jam tangan baharu di Malaysia menerusi G-Shock X Titan 22 DW-5600TI. Ia dihasilkan dengan kerjasama Titan 22 yang merupakan kedai konsep khusus bola keranjang berpangkalan di Manila, Filipina yang semestinya mengkhususkan peminat tegar sukan berkenaan.

Ia menampilkan rekaan ikonik jam tangan G-Shock bersama kemasan serba hitam, di samping garisan bewarna emas yang menghiasi sebahagian kecil termasuk butang khusus di sisi. Selain itu terdapat juga logo rasmi Titan 22 dengan tagline For Love Of The Game yang juga disertakan. Melengkapinya juga ialah penutup belakang logam, beserta ciri berguna lain seperti tahan lasak dan kalis air sehingga 20 meter di bawah air.

Bagi yang berminat G-Shock X Titan 22 DW-5600TI dijual di Malaysia dengan harga RM695 seutas.