Carian
(Dikemaskini) Pengguna Bank Islam? Semua Perkhidmatan Perbankan Tergendala Sementara
November 26, 2023 Aman

Kemaskini 4.55 petang : Perkhidmatan Bank Islam kini kembali beroperasi seperti biasa kembali.


Bank Islam kini memaklumkan semua perkhidmatan perbankan mereka tergendala untuk sementara waktu – membuatkan pengguna perkhidmatan perbankan berkenaan tidak boleh digunakan buat masa ini.

Ini membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan termasuk perbankan atas-talian, pengeluaran duit MEPS, dan lain-lain.

Buat masa ini, tiada sebarang info dikongsikan berkenaan bilakah ia akan pulih sepenuhnya. Pihak Bank Islam menyatakan sedang berusaha dalam memulihkan perkhidmatan secepat mungkin dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

https://twitter.com/myBankIslam/status/1728620089799327960
Komen