Kohort ke-17 program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) telah melabuhkan tirai dengan lapan syarikat pemula niaga tempatan mempamerkan produk akhir untuk peluang pelaburan di Demo Day. Antara syarikat yang terlibat termasuklah Ever AI Technologies, ProSales, Mesolitica, Favoriot, LekirTech, Beebag, HappyPreggie, dan Smartoptz Technology.

Melihat secara umum perbentangan idea keseluruhannyha lebih berkonsepkan Smart City (Bandar Pintar) yang yang merangkumi Smart Living, Industrial IoT dan Digital Solutions. Kesemua syarikat dilihat berusaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur yang menjadi prasyarat penting dalam pembentukan modal. Berikut senarai penuh perbentangan oleh syarikat terpilih untuk program kali ini:

- Ever AI Technologies – Penyelesaian teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk lebih mudah diakses. Melaluinya pengguna boleh membina, menilai dan menggunakan model AI tersendiri tanpa kod khusus. Ia menawarkan antaramuka intuitif yang menjadikan pembelajaran mesin boleh diakses meskipun dalam kalangan pengguna yang tiada kepakaran khusus. Selain turut membolehkan mereka membina penyelesaian AI tersesuai tanpa pelaburan yang besar termasuklah sokongan teknikal untuk pengururan dan penganalisa perniagaan.

- ProSales – Penyelesaian teknologi End-to-End Integrated PropTech Ecosystem Solution mesra pengguna yang direka untuk memperkasa pendigitalan dalam pembangunan hartanah. Melaluinya ia mengubah proses pembinaan, jualan hartanah dan sistem pengebilan dalam menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam masa yang dijadualkan.

- Mesolitica – Penyelesaian yang mengkomersialkan penyelidikan dan pembangunan NLP (Natural Language Processing) di bawah produk sumber terbuka NLTK Malaya yang turut mengekalkan bahasa Melayu terkini. Melaluinya Mesolitica melatih AI untuk memahami bahasa melayu, di samping menawarkan penyelesaian AI perbualan yang boleh membantu saluran komunikasi pelanggan dalam menyampaikan respon yang cepat dengan mudah.

- Favoriot – Platform yang direka bukan sahaja untuk penyelasaian IoT semata, malahan turut memberi panduan untuk proses pembelajaran, pengajaran serta penggunaan penyelesaian tersebut. Ia menyediakan alatan intutif dan sumber komprehensif yang menjadikan teknologi IoT lebih mudah bagi pelbagai pihak termasuk pemula, pakar, pembangun, pendidik mahupun pelajar. Dalam masa sama turut menyediakan platform yang ideal untuk mencipta penyelesaian IoT yang canggih menerusi kemudahan infrastruktur yang selesa.

- LekirTech – Penyelesaian perisian berorientasikan perkhidmatan bagi mengembangkan sistem, aplikasi mudah alih dan penyelesaian I.T. Misalnya seperti pengurusan pernigaan Cloudnify bagi tujuan perniagaan yang berbeza, kemudian penyelesaian e-dagang Shopnify pula merupakan perisian pengurusan inventori dengan banyak ciri umum termasuk kutipan bayaran bersepadu (LekirPay). Turut ditawarkan ialah pengurusan kewangan Accountify yang menjadi sistem perakaunan syarikat, seterusnya AiLibs pula platform untuk penjanaan kandungan AI dengan kepelbagaian bahasa dan template tersesuai.

- Beebag – Penyelesaian pemasaran runcit dan platform analisi data yang bantu sesuatu jenama memacu jualan luar talian dengan penglibatan pelanggan lebih baik. Melaluinya Beebag bantu memaksimumkan penjimatan untuk pembelian luar talian dengan menawarkan pulangan tunai daripada jenama kegemaran pengguna dengan cara menukar resit dan penggunaan semula menjadi ganjaran.

- HappyPreggie – Penyelesaian berkonsepkan sistem perkhidmatan kesihatan keluarga yang menyediakan akses digital kepada bantuan penjagaan kesihatan dalam kalangan ibu bapa termasuklah perancangan kehamilan dan aktiviti keibubapaan. Selain itu, mereka turut menyediakan petua dan panduan pratikal daripada pakar untuk membantu hidup lebih sihat dengan lebih mendalam memandangkan perkhidmatan tersebut merupakan antara servid utama ditawarkan Happy Preggie.

- Smartoptz Technology – Penyelesaian kesihatan digital yang memudahkan aliran kerja dalam memastikan pasukan penjagaan dimaklumkan tentang status pesakit dengan lebih cekap. Melaluinya mereka menyediakan pemantauan kesihatan jarak jauh berasaskan IoT yang dapat membantu pesakit untuk mengenal pasti gejala, memantau kesihatan dan menghantar notifikasi kecemasan secara jarak jauh.
Kesemua syarikat ini telah menjalani program selama lima bulan yang turut menerima sumber daripada Cyberview bernilai lebih daripada RM100,000 setiap satu. Ini termasuklah ruang kerja, nasihat perniagaan dan bimbingan secara langsung dalam usaha membantu melengkapkan lagi model perniagaan dan peluang akses pasaran.
Kemudian pada akhirnya kesemua mereka dikatakan mencapai kejayaan memberangskan apabila mencatatkan sebanyak 48 perkongsian, menjana pendapatan RM9.6 juta, mengumpul sebanyak RM530,00 dan mewujudkan sehingga 16 peluang pekerjaan. Sekaligus menjadi antara kohort yang berjaya meraih pencapaian cukup membanggakan dalam tempoh singkat tiga bulan dan mencetus fenomena tersendiri industri syarikat pemula tempatan.

Bukan sekadar itu bahkan terdapat juga diantara syarikat terpilih yang berjaya mara ke peringkat akhir Estate Real Estate Beyond 2023 oleh PropTech Asia dan 2023 ASEAN Korea AI YOUTH FESTA. Di samping turut menerima anugerah terbaik di program ASEAN Social Enterprise Development Programme 2.0.
Untuk makluman semua permohonan CLLA untuk kohort ke-18 telah mula dibuka sekarang dan mana-mana syarikat pemula yang berminat boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut di cyberview.com.my.