Realme sebelum ini telah ditubuhkan pada 2018, dan telah memperkenalkan sejumlah peranti dibawah mereka dengan fokus terhadap peranti berspesifikasi asas dan juga spesifikasi pertengahan. Setelah ditubuhkan sekitar 5 tahun lepas, kini Realme mengumumkan mereka telah memasarkan lebih 200 juta telefon pintar.

Mengikut data Counterpoint Research, setakat ini hanya 14 syarikat yang telah berjaya memasarkan lebih 200 juta telefon pintar pada peringkat global, termasuk Samsung, Huawei, Apple, dan Vivo.
Untuk makluman, Realme merupakan syarikat yang turut beroperasi dibawah BBK Electronics – yang memiliki jenama seperti Oppo, OnePlus dan juga Vivo.
Dengan pencapaian ini, Realme kini dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon premium mereka Realme GT 5 Pro yang hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 terbaru.