Touch ‘n Go Menafikan Laporan Pelekat RFID Akan Luput 31 Januari Depan
Effi Saharudin
Hujung minggu lalu bertebaran di media sosial hantaran yang mengatakan pengguna Touch ‘n Go RFID perlu menukar pelekat RFID yang dipasang pada tahun 2018 dengan pelekat baharu. Pihak Touch ‘n Go tampil dengan penjelasan menafikan mesej tular tersebut hari ini.

Menerusi saluran media sosial rasmi mereka, Touch ‘N Go mengatakan wujud kekeliruan pada mesej yang disampaikan kepada mereka yang menggunakan pelekat RFID ketika fasa rintis 2018. Pengguna rintis kini diberikan tawaran khas menggantikan pelekat RFID sekiranya berlaku kerosakan selepas hampir lima tahu digunakan. Jika pelekat baharu dipesan, pelekat RFID lama akan dibatalkan pendaftarannya pada 31 Januari 2024. Ini bagi mengelakkan dua pelakar RFID didaftarkan kepada dua kenderaan yang sama.
Jika pelekat baharu tidak dipesan, pelekat RFID lama boleh terus digunakan tanpa sebarang isu selepas 31 Januari 2024. Dengan pengumuman ini Touch ‘n Go berharap tiada lagi kekeliruan mengenai penggunaan pelekat RFID mereka di kalangan pengguna.
[sumber] Touch ‘n Go [/sumber]