Carian
Redmi Watch 4 Dan Buds 5 Pro Turut Akan Diperkenalkan Pada 29 November 2023
November 27, 2023 Amy Maizuraa

Redmi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu pada 29 November 2023. Ia bukan sahaja hadir dengan telefon pintar siri Redmi K70 tetapi turut mengemaskini rangkaian peranti boleh pakai dan aksesori audio keluarannya. Di mana Redmi Watch 4 dan Redmi Buds 5 Pro akan diumumkan melaluinya.

Redmi Watch 4 akan dilengkapi tubuh berasaskan aloi minimum bersama kerangka logam. Ini dipadankan juga dengan tombol berputar logam dengan sistem kawalan putaran berasaskan Photoelectric Sensor tanpa butang tambahan lain. Seterusnya pilihan tali pula boleh diperbuat daripada logam, kulit dan fabrik lembut. Skrin adalah sejenis AMOLED berasaskan LTPS sebesar 1.97-inci 60Hz dengan kepadatang piksel 600nits. Dalam masa sama terdapat juga lebih 200 muka jam tangan yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut kesesuaian.

Seterusnya Redmi Buds 5 Pro pula dilengkapi rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan putik silikon untuk keselesaan tambahan. Ia juga akan mempunyai sokongan ANC terbina dengan kemampuan menapis hingar sehingga 52d. Di samping penyesuaian AI dengan prestasi penyerapan bunyi yang baik pada jalur frekuensi hingga 4kHz. Bukan itu sahaja bahkan Redmi Buds 5 juga dilengkapi set pemandu audio sebesar 11mm yang bersalut bahan titanium. Sebanyak tiga pilihan warna disediakan termasuklah putih, hitam dan hijau.

Ini sahaja maklumat yang didedahkan mengenai kedua-dua produk baharu Redmi tersebut. Penawaran lebih lanjut sudah semestinya terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Komen