Assassin’s Creed Syndicate Boleh Dimuat Turun Percuma Di PC
November 28, 2023
e-Permainan
Effi Saharudin
Kepada penggemar permainan video percuma, Ubisoft hari ini menawarkan Assassin’s Creed Syndicate percuma menerusi Ubisoft Store. Ia hanyalah untuk pengguna PC sahaja pada waktu ini dengan ia sebelum ini dijual pada harga RM125.

Pengguna Ubisoft Store boleh memuat turun bermula hari ini sehingga 6 Disember sahaja. Syndicate ialah permainan ke sembilan dalam siri utama Assassin’s Creed dengan ia dilancarkan pada tahun 2015. Permainan berkisar kehidupan adik beradik Evie dan Jacob Fry di London ketika Revolusi Industri. Untuk memuat turun Assassin’s Creed Syndicate sila pergi ke pautan di bawah.
[sumber] Ubisoft Store [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.