GX Bank Mengacah Pengenalan Kad Debit Dengan Pulangan Tunai 1% Setiap Kali Digunakan
Aman
GX Bank merupakan bank digital yang diterajui oleh Grab. Perkhidmatan perbankan digital berkenaan telah pun boleh didaftar oleh ramai pengguna, dan terbaru pihak GX Bank turut mengemaskini laman rasmi, memperlihatkan penawaran sebuah kad debit tidak lama lagi.

Menariknya melalui kad debit GX Bank adalah ia menjanjikan pulangan tunai tanpa had sebanyak 1% untuk setiap pembayaran yang dilakukan menggunakan kad debit GX Bank. Ini sekaligus memperlihatkan ia antara penawaran menarik berbanding penyedia kad debit lain di pasaran.
Disamping secara fizikal, kad debit ini juga boleh diaktifkan melalui aplikasi kelak, dan menggunakan versi maya untuk pembayaran secara atas-talian. Pulangan tunai sama turut dijanjikan untuk penggunaan kad maya GX Bank.

Pengguna juga turut boleh mengeluarkan duit daripada lebih 10,000 MEPS di seluruh negara menggunakan kad debit GX Bank ini – tanpa sebarang caj RM1 seperti yang dikenakan oleh bank-bank lain.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kad debit ini akan ditawarkan melalui GX Bank. Untuk makluman juga, perkhidmatan GX Bank ini adalah tidak mesra syariah.