Cari @ Amanz

Rekod dunia koleksi telefon pintar terbesar di dunia berpindah tangan ke Andrei Bilbie Argentis yang berasal dari Romania. Beliau mempunyai koleksi 3,456 telefon mudah alih yang telah memintas rekod sebelum ini iaitu 2371 telefon mudah alih yang dikumpul oleh Jayesh Kale yang tinggal di Mumbai.

Jumlah koleksi telefon Argentis sebenarnya lebih banyak daripada 3,456 tetapi Buku Rekod Guinness hanya mengira satu sahaja unit untuk setiap model. Jumlah koleksi Argentis adalah besar tetapi yang lebih menakjubkan ialah ia hanya mula dikumpul dari tahun 2018. Dengan semakin banyak telefon baharu dilancarkan, koleksi ini pastinya akan menjadi semakin besar tahun demi tahun.

Gambar – Guinness Book of Records

Adakah anda mempunyai koleksi telefon mudah alih peribadi di rumah? Sekiranya berapa banyak yang telah disimpan setakat ini dan adakah semuanya masih beroperasi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd