Samsung Galaxy A15 5G dijangka boleh dilancarkan dalam masa terdekat. Ia berikutan peranti dikatakan telah mula disenarai di laman web Walmart. Dalam masa sama juga mendedahkan reka bentuk dan spesifikasi utama pada peranti.
Dari aspek rekaan Samsung Galaxy A15 menampilkan sistem tri-kamera di belakang yang disusun menegak. Seterusnya dipadankan pula panel hadapan bertakuk kecil untuk kamera swafoto tunggal. Tubuh sepenuhnya berkotak dan rata dan disenaraikan dalam pilihan warna Blue Black.
Ia boleh menggantikan Galaxy A14 5G yang diumumkan dengan cip Exynos 1330 dan bateri 5,000mAh pada Januari lalu. Kini Galaxy A15 5G dilengkapi cip MediaTek dengan jenis yang tidak dinyatakan secara khusus. Tetapi ramai yang mengaitkannya dengan cip MediaTek Dimensity 6100+ yang merupakan cip dengan binaan 6nm.
Ini boleh digabungkan juga dengan skrin Super AMOLED FHD+ sebesar 6.5-inci, kamera swafoto 13MP dan sensor utama 50MP. Peranti juga boleh memuatkan bateri 5000mAh dengan pengecasan 25W, di samping dimeter tubuh besaiz 6.30 x 3.00 x 0.33 inci.
- Sumber – androidauthority.com