Cari @ Amanz

Bas awam ialah mod pengangkutan yang paling marhaen dan mesra alam. Di Singapura bas awam SBS yang telah agak berusia akan ditamatkan operasi kini telah diubahsuai menjadi hotel mewah. The Bus Collective terdiri daripada 20 bas awam yang diubah menjadi hotel yang boleh menempatkan sehingga empat orang tamu.

Ia menawarkan pengalaman glamping tetapi dalam bilik berbentuk bas. Di luar ia nampak seperti bs biasa tetapi di bahagian dalam ia dilengkapi tab mandi, TV dan masih mengekalkan tempat duduk pemandu serta stereng bas. Kerana ia diubahsuai daripada bas, sesetengah bilik di The Bus Collective turut mempunyai akses yang baik untuk pengguna kerusi roda.

Lokasinya yang terletak di Changi Village membolehkan ia diakses pelancong yang baru tiba di Singapura serta turut hampir dengan tarikan bersejarah Muzium Penjara Changi. Bilik di The Bus Collective ditawarkan pada harga bermula SG$398 (~RM1390) semalam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd