Carian
Samsung Galaxy Z Flip5 Mula Menerima Android 14 Di Malaysia
November 28, 2023 Fahim Zahar

Kemas kini ke One UI 6 berasaskan Android 14 oleh Samsung sedang berjalan rancak di peringkat global. Hari ini tiba giliran Samsung Galaxy Z Flip5 pula menerima versi Android yang terkini, selepas Galaxy Z Fold5 menerima kemas kini ini beberapa hari lepas. Setakat ini kemas kini berjalan lancar mengikut jadual yang diterbitkan oleh Samsung beberapa minggu lalu.

Kemas kini diedarkan secara OTA yang turut hadir dengan tampalan sekuriti untuk November 2023. Kemas kini ke Android 14 pada peranti Samsung bermula dengan peranti mercu S23 dan juga telah diterima pemilik peranti S22, A73 dan Galaxy A14 5G. Untuk melihat sama ada peranti anda sudah boleh memuat turun versi terkini, sila ke tetapan kemas kini peranti hari ini.

Komen