Komputer riba Huawei MateBook D 16 2024 turut diumumkan secara rasmi di China pada hari ini. Ia diberi nafas baharu menerusi konsep reka bentuk yang dikatakan lebih ringan iaitu sekitar 1.68kg beserta fungsi dipertingkatkan.
Seperti namanya skrin IPS sebesar 16-inci dengan resolusi 1920 X 1200 piksel dan nisbah skrin ke badan mencapai 90%. Ia juga bernisbah aspek 16:10 yang sesuai untuk pelbagai bentuk kegunaan multimedia. Di samping turut menyokong kecerahan puncak 300 nits, kepadatan piksel 142 ppi, gamut warna sRGB 100% dan sudut tontonan 178 darjah.
Dari aspek lain komputer riba ini dilengkapi pilihan CPU sehingga Intel Core i9-13900H bersama GPU Intel Iris Xe, memori 16GB RAM dan storan 1TB NVMe PCIe SSD. Turut disertakan adalah bateri sebesar 70Wh, pengecasan 65W, bluetooth 5.1 dan pilihan I/O merangkumi USB-C 3.2 Gen 1, DisplayPort 1.2, USB-A 3.2 Gen 1, USB-A 2.0, HDMI serta bicu audio 3.5mm.
Harga jualan di China bermula RMB4599 (~RM3,002) (i5-13420H), RMB4999 (~RM3,263) (i5-13500H), RMB5999 (~RM3,916) (i7-13700H) dan RMB6499 (~RM4,242) (i9-13900H) sebuah.
- Sumber – Weibo.com