Apple MacBook Pro 14″ M3, MacBook Pro 16″ M3 dan iMac M3 kini boleh dibeli di Malaysia pagi ini. Kesemua model komputer riba serta desktop AIO ini memasuki pasaran Malaysia sebelum selepas dilancarkan oleh Apple bulan Oktober lalu.
Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dengan cip M3 dijual pada harga RM7499, cip M3 Pro pula bermula RM9999, dan cip Apple M3 Max pula bermula RM14,799. Untuk model MacBook Pro 16-inci pula, harga bermula RM11,999 untuk cip M3 Pro, dan bermula RM15,999 untuk cip M3 Max.
Sementara itu Apple iMac 24-inci M3 ditawarkan pada harga bermula RM6299. Hanya pilihan cip Apple M3 sahaja disediakan, dan tiada pilihan cip lain. Perbezaan ditawarkan dari segi penawaran memori, storan dan sambungan port pada iMac.