Ciri Dynamic Island pada iPhone 14 Pro menggunakan ruang kosong antara kamera Face ID untuk memaparkan pelbagai notifikasi yang berguna. Ia kini standard pada kesemua siri iPhone 15 serta telah menjadi ikutan pengeluar lain seperti Realme. Infinix turut akan mempunyai ciri serupa menerusi Infinix Smart 8 HD dengan imej acah menunjukkan implementasi seakan Dynamic Island mereka.
Pada peranti Infinix ciri ini diberi nama Magic Link. Ia boleh memaparkan tahap pengecasan, bateri rendah, pengecasan lengkap dan panggilan telefon yang diterima. Hanya empat ciri ini sahaja telah di acah setakat ini. Ia masih tidak mempunyai kawalan audio, lampu suluh atau penjejakan perkhidmatan seru-pandu seperti yang disokong pada Dynamic Island sebenar.
Infinix Smart 8 HD akan dilancarkan di India minggu depan tetapi maklumat lengkap mengenai spesifikasinya buat masa ini. Perlukan pengeluar Android meminjam konsep Dynamic Island pada peranti mereka?