Carian
Google Memperkenalkan Nama Domain Dengan Akhiran .meme
November 29, 2023 Fahim Zahar

Awal bulan ini Google telah memperkenalkan nama domain dengan akhiran .ing. Terbaru, Google telah memperkenalkan domain dengan akhiran .meme pula – sekaligus membenarkan orang ramai hadir dengan laman web dengan nama yang unik.

Dengan nama domain ini, mereka yang mempunyai laman web yang memfokuskan kandungan parodi, lucu atau yang kreatif. Menurut Google mereka telah mempunyai 10 laman web berdaftar di Google Registry, antaranya adalah;

Mereka yang berminat untuk mendapatkan nama domain ini boleh melayari laman web get.meme. Untuk akses awal beberapa penyedia domain telah mula menawarkannya seperti GoDaddy. Seperti biasa, harga untuk akses awal adalah agak tinggi sebelum dibuka kepada semua orang bermula 5 Disember ini.

Komen