Carian
Kredit e-Dompet RM100 Boleh Ditebus Bermula 4 Disember 2023
November 29, 2023 Aman

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan kredit dompet digital sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas, dan berpendapatan dibawah RM100,000. Lanjutan daripadanya, kini ia dikongsikan program ini akan dilaksanakan bermula 4 Disember 2023 kelak.

Kredit e-Dompet RM100 ini akan dieadarkan melalui 4 aplikasi dompet digital terpilih. Namun, buat masa ini ia tidak dimaklumkan dompet digital yang terpilih berkenaan. Langkah penebusan dijangka sama seperti sebelum ini, dimana mereka yang berkelayakkan boleh melakukan penebusan menggunakan salah satu dompet digital yang digunakan mereka – dan kredit akan dimasukkan ke akaun masing-masing selepas pengesahan dilakukan.

Pemberian kredit ini dijangka akan terus meningkatkan penggunaan kaedah pembayaran nirtunai, dan secara tidak langsung turut meningkatkan ekonomi dikalangan para peniaga tempatan.


Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan pelaksanaan program e-dompet baharu ini.

Komen