Carian
Spotify Wrapped 2023 Kini Boleh Diakses
November 29, 2023 Effi Saharudin

Selepas Apple Music Replay boleh diakses pagi tadi, malam ini Spotify Wrapped 2023 juga sudah boleh diakses pengguna Spotify. Seperti tahun lalu, Wrapped 2023 setiap individu boleh diakses menerus aplikasi telefon pintar, desktop dan pelayar web.

Bagi yang tidak pernah menggunakan Wrapped, ia akan menyenaraikan lima lagu paling banyak dimainkan, artis paling banyak dimainkan dan juga pod siar paling banyak dimainkan sepanjang tahun ini. Antara analisa menarik tahun ini ialah bilakah bulan penstriman paling aktif serta pada bulan apakah sesetengah artis dimainkan oleh pengguna.

Untuk mengakses senarai Wrapped 2023 peribadi, pergi ke aplikasi dan tekan tab Wrapped yang diletakkan di bahagian menu atas antaramuka. Berapakah masa yang anda habiskan menggunakan Spotify tahun ini?

Komen