Cari @ Amanz

Kerajaan hari ini telah mengumumkan penebusan kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 akan dibuka bermula 4 Disember 2023 kelak. Selari dengannya juga, kini diumumkan empat dompet digital yang akan menyertai dan menyokong inisiatif eMADANI ini.

4 dompet digital berkenaan adalah MAE, Setel, ShopeePay dan juga Touch n Go eWallet. Pengguna boleh memilih salah satu dompet digital, dan melakukan penebusan melaluinya.

Program eMADANI ini akan dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun, dan berumur atas 21 tahun. Ini sekaligus akan meliputi golongan B40 dan juga M40 di Malaysia. Seramai 10 juta rakyat dewasa dijangka layak untuk kredit eMADANI ini.

Disamping itu, kredit eMADANI ini juga terhad untuk dibelanjakan secara fizikal, dan bukannya atas-talian. Penebusan boleh dilakukan sehingga 20 Februari 2024, tetapi kredit perlu digunakan sebelum 29 Februari 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd