Carian
Google Drive Untuk iOS Kini Boleh Mengimbas Dokumen
November 30, 2023 Fahim Zahar

Terdapat banyak aplikasi yang boleh mengimbas dokumen di mana pengguna boleh menggunakan kamera peranti untuk mengambil gambar dokumen seperti surat,dan resit untuk diubah menjadi versi digital. Aplikasi ini kemudiannya membenarkan pengguna menyalin teks pada dokumen tadi atau terus ubah gambar yang telah diambil ke dalam format PDF.

Biasanya ramai menggunakan aplikasi CamScanner atau Adobe Scan. Terbaru, jika anda sedia menggunakan pelbagai perkhidmatan Google – Google Drive untuk iOS telah dikemaskini untuk sokongan pengimbas dokumen. Untuk menggunakannya, di laman utama aplikasi terdapat ikon kamera terapung di atas butang “+”. Tekan dan benarkan akses kamera pada peranti untuk mula mengimbas.

Pengimbas dokumen Google Drive ini akan membantu pengguna memastikan dokumen mempunyai butiran yang tajam, boleh ambil beberapa muka surat serentak dan banyak lagi. Setiap dokumen akan disimpan sebagai PDF terus ke dalam Drive.

Buat masa ini ciri ini terhad kepada pengguna Google Workspace dengan akaun individu. Dalam cubaan saya, pengguna biasa masih tidak dapat menggunakannya. Ciri ini tersedia kepada Google Drive versi 4.2023.46227 yang sedia dimuat turun di Apple App Store.

Komen